Sejarah penubuhan Parti_Amanah_Negara

Malaysian Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia)

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai sebuah parti politik di Malaysia. Parti tersebut mempunyai calon tunggal, iaitu presidennya sendiri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Sungai Besi serta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungei Way. Beliau telah kehilangan deposit di kedua-dua buah kerusi pemilihan. Sejak itu, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak bertanding di mana-mana Pilihan Raya di Malaysia.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah parti yang tidak aktif sehingga diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru pada 31 Ogos 2015.

Simbol atau logo Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah sebatang cangkul dengan sebuah gerigi gear berlatarbelakang warna hijau gelap.[2]

Pengambilalihan oleh Gerakan Harapan Baru

Gerakan Harapan Baru mengambil alih PPPM selepas cubaan menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Gerakan Harapan Baru telah bersetuju dengan satu-satunya syarat yang diberikan oleh ahli-ahli PPPM yang menghendaki Gerakan tersebut untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[3][4][5][6][7]

Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan menukar nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (AMANAH). Sebaik sahaja AMANAH diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), ianya telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia dengan sekurang-kuranya 35,000 orang penyertaan ahli.[8]

Penjenamaan semula kepada Parti Amanah Negara

Ahli-ahli PPPM telah bersetuju membenarkan pertukaran nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 8 September 2015, yang turut mempersetujui perubahan logo dan bendera.[9]

AMANAH telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan, sementara ia masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS). AMANAH adalah pengambilalihan dan penjenamaan semula Parti Pekerja untuk menjadi sebuah parti politik baru yang diterajui oleh para pemimpin yang telah meninggalkan PAS.[10]

Logo baru dan bendera telah diumumkan pada pelancaran rasminya pada 16 September 2015.[11]

Rujukan

WikiPedia: Parti_Amanah_Negara http://www.astroawani.com/berita-politik/parti-ama... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.theedgemarkets.com/my/article/malaysian... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.bhplus.com.my/node/78646 http://www.nst.com.my/node/98717 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/31/G...